fbpx

Netizen Puji Harris Alif Matang Jawab Soalan Tentang Pernikahan

Selamat diijabkabulkan Jumaat lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, pasangan pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif meluahkan rasa syukur urusan pernikahan mereka dipermudahkan.

Berkongsikan momen ketika majlis pernikahan, Harris akui sebagai lelaki yang melafazkan akad dia agak gemuruh dan gugup namun bersyukur semuanya selesai dengan baik.

BACA: Intan Ladyana, Harris Alif Sedia Timang Cahaya Mata

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Melihatkan kematangan Harris menjawab soalan daripada wartawan, rata-rata netizen memuji pelakon itu meskipun jarak usianya dengan Intan adalah 17 tahun.

Malah, netizen berkata kematangan Harris itu sekaligus menutup usianya yang baru sahaja berusia 22 tahun. Kata netizen, lelaki berumur pun belum tentu matang seperti Harris.

Terdahulu, Harris meluahkan rasa lega majlis nikahnya sudah pun selesai walaupun terpaksa menginjak tarikh pernikahan sehari awal daripada tarikh yang dirancang.