fbpx

Netizen Puji Gandingan Dua Sharifah Di Gegar Vaganza

Semalam, konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim kesembilan menyaksikan dua Sharifah mengacarakan program tersebut.

Dua Sharifah yang dimaksudkan adalah Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi bergabung dengan Sharifah Mariam Syed Abdullah Alhadad atau Sherry Alhadad.

BACA: “Sebenarnya Saya Ni Pemalu Orangnya, Tiada Keyakinan Diri” – Kak Lina

Sherry menggantikan Nabil Ahmad yang tidak kelihatan di konsert malam tadi selepas bapanya Ahmad Ismail meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat komplikasi jantung.

Memetik Kosmo, gandingan dua Sharifah itu ternyata menjadi. Bagaimanapun Elly dilihat terlalu berhati-hati jika dibandingkan dengan konsert sebelum ini

Hasil tinjauan di laman Twitter, rata-rata netizen memuji gandingan kedua-dua Sharifah itu yang sememangnya sama-sama ‘masuk air’

“Dua-dua Sharifah ni masuk air, tapi gandingan ni mantap pula. Kak Lina janganlah ‘behave’ sangat buat biasa-biasa sudah,” tulis @Allmonde.

“Ini memang gandingan mantap, sama-sama masuk air. Kelakar la Kak Lina ni dok kacau Fuad,” tulis @Syaz89.

“Nak tergelak pula aku tengok kelaku Kak Lina malam ni. Macam tak syok pula dia terlalu jaga-jaga malam ni,” kata @RollnRock90.

Malam tadi, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara konsert. Pat Candy menduduki tangga terbawah namun tiada penyingkiran berlaku.