fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai artis popular 80-an didakwa berkahwin kali kedua dengan wanita muda secara rahsia.

Susulan gosip tersebut, nama penyanyi Datuk ND Lala dipetik netizen. Malah, ruangan komen Instagram ND Lala turut dibanjiri netizen selepas gosip tersebut tersebar.

BACA: Rossa Terima Gelaran Datuk Seri, ND Lala Bergelar Datuk

Bagaimanapun, perkongsian terbaru isteri kepada penyanyi itu iaitu Datin Fauziah Sarman yang memuat naik gambar menyambut ulang tahun perkahwinan mereka sekaligus menepis gosip berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Menerusi perkongsian itu Fauziah meluahkan rasa syukur di atas bahtera perkahwinan yang dilayari mereka selama 35 tahun.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan itu dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.