fbpx

Netizen Pertikai Siti Nordiana Menang Empat Anugerah Di AME2020

Semalam berlangsungnya Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, namun acara berlangsung penuh meriah.

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Siti Nordiana sekali lagi dinobat sebagai Top Top MeleTOP Wanita buat kali kedua berturut-turut dan Haqiem Rusli telah dinobatkan sebagai Top Top MeleTOP Lelaki.

BACA: Haqiem Rusli, Siti Nordiana Bolot Anugerah MeleTOP ERA 2020

Membolot empat kemenangan semalam, bagaimanapun ada segelintir netizen mempertikaikan kemenangan Siti Nordiana. Malah, ada yang terkejut apabila Siti Nordiana memenangi kategori Artis Versatil kerana ada ramai yang lebih berbakat.

Bagaimanapun, ramai yang menjangkakan Siti Nordiana akan menang banyak pada malam tersebut kerana mempunyai kelab peminat yang ramai dan kuat sehingga artis kesayangan mereka boleh menang sehingga empat kategori.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa bosan kerana melihat artis yang sama sahaja menang sehinggakan ada yang menggelar acara tersebut ‘Anugerah Siti Nordiana’.

Selain memenangi anugerah Top Top MeleTOP Wanita, Siti Nordiana turut memenangi anugerah Artis Versatil MeleTOP, Group/Duo MeleTOP dan Artis Top Top MeleTOPGrup/Duo. Untuk pengetahuan anda, kesemua pemenang telah dipilih berdasarkan undian daripada peminat melalui laman web rasmi.