fbpx

Netizen Pertikai Kemenangan, Ini Respon Amelia Henderson

Tahniah diucapkan kepada pelakon Amelia Henderson memenangi anugerah Star Model 2019 di Majlis Anugerah Festivel Model Asia ke-14 yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini

Bagaimanapun, ada pihak meluahkan rasa tidak puas hati di atas kemenangan tersebut serta mempertikaikan kelayakannya memenangi anugerah tersebut.

BACA: “Terima Kasih Hari-Hari ‘Belanja’ Kami Amelia”

Menurut individu itu, Amelia bukan daripada keturunan Melayu dan dia tidak layak merangkul anugerah berkenaan.

Tidak hanya berdiam diri, Amelia tampil membela diri membalas komen individu berkenaan dengan menjelaskan bahawa dia dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

“Saya sedih melihat komen yang datang dari rakyat Malaysia sendiri. Sudah 2019, untuk menjadi sebuah negara yang kuat kita perlu faham bahawa kita mempunyai pelbagai etnik.

“Saya belajar di negara saya, bekerja di negara saya. Malaysia adalah negara saya sama seperti ini.

“Ya, saya bukan Melayu tapi saya dilahirkan di Klang, Selangor, Malaysia. Ibu saya orang Malaysia dan bapa saya luar negara tapi saya dibesarkan di sini,” tulisnya.

Susulan itu, rata-rata netizen menyerang individu tersebut dan mempertahankan pelakon berkenaan. Netizen turut menasihatkan Amelia supaya tidak mempedulikan dengan komen negatif individu berkenaan.