Netizen Pertikai Haneesya Hanee Menang Artis Baru Popular
Sebelum ini melalui episod pahit apabila gelaran Juara Dewi Remaja ditarik balik dek kerana kontroversinya di kelab malam, nampaknya Haneesya Hanee menebus semula rasa kecewanya apabila menang Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 32 malam tadi.
Bagaimanapun ramai netizen mengkritik aksinya di atas pentas yang terlalu ‘over’ menangis terharu di atas kemenangannya itu. Netizen berkata kemenangan itu adalah hasil dari undian peminat atau ‘diri sendiri.
BACA: Netizen Muak Dengan Modal Kulit Gelap Haneesya Hanee
Malah ada yang mengatakan sama ada tangisannya itu betul-betul atau lakonan semata-mata. Dalam pada itu, ada yang menyindir pelakon baru itu dengan mengatakan jangan ditarik balik kemenangan tersebut.
Tidak kurang juga ramai yang mempertikaikan kemenangan gadis itu sedangkan tidak pernah melihat gadis itu berlakon mahupun muncul di kaca televisyen.
Apa pun sudah tertulis rezeki Haneesya menang untuk Artis Baru Popular. Diharap dengan kemenangan tersebut Haneesya dapat membuktikan bakatnya dan bukan popular dengan hanya terpalit kontroversi panas semata-mata.
Yap i did
No manners betul dia ni… naik stage salam pun tidok.
Kan? Dah la tak lawa adat takde entah tau buat kerja rumah ke idok..nant i jadi simpanan dato2 je la kau. Mcmna boleh menang entah, yg vote buta mata buat hati
Knp la sakit hati ngan rezki orang . Kang rezki hang Allah tarik krn busuk hati. Haiyo y cant u all juz MYOB. Sit n watch tk yah la komen yg bukan2 yg mendatang kan dosa kering
Dosa jgn masuk gossip sudah…nampak sangat kau si aneesa tu la dewi la kekonon
Biar la dia nak menang pn…ini kn atas peminat..ramai yg minat,menang la..apa nak pening2