fbpx

Netizen Minta Lana Nodin Duduk Diam-Diam Di AS

Baru-baru ini pelakon Lana Nodin ada memuat naik perkongsian menyindir rakyat Malaysia selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri.

Bagaimanapun, perkongsian pelakon itu menimbulkan rasa kurang senang dengan posting berbaur sindiran itu sehingga ada yang meminta Lana agar terus tinggal di Amerika Syarikat.

BACA: Suami Solat Jumaat Tanpa Penjarakan Saf, Lana Nodin Luah Rasa Syukur

Malah, menerusi komen ditinggalkan oleh pengguna sebuah forum tempatan, ada yang meminta Lana supaya tidak perlu sibuk dengan apa yang berlaku di Malaysia yang sebelum ini dikatakan banyak diskriminasi.

“Kau tak nak vaksin satu keluarga, tiada siapa yang larang. Mati pun sendiri yang tanam, sendiri yang kubur. Tak perlu menyalak apa yang kerajaan buat kat Malaysia. Duduk diam-diam je kat negeri hujan emas.

“Tak perlu kisah negara Malaysia sebab kehadiran kau tak terkesan kat negara tercinta ini. Undi trump esok, tak payah sibuk hal Malaysia negara yang banyak diskriminasi ini,” tulis pengguna itu.

Dalam pada itu, ada yang menganggap Lana tiada kepentingan dalam industri hiburan tempatan kerana sebelum ini hanya terkenal dengan gosip murahan berpakaian seksi.

“Selain daripada gosip seksi, Johan As’ari, meroyan, saya tak pernah tahu pun naskah apa yang dia ni berlakon. Maknanya satu sen pun dia ni tak guna dalam industri. Sila duduk sana diam-diam,” tulis seorang lagi pengguna.

Terdahulu, Lana dan keluarga terbang ke Amerika Syarikat pada pertengahan September lalu dan akan pulang ke Malaysia selepas semua urusan keluarga sebelah suaminya selesai kelak.