fbpx

Netizen Minta DSV Berhenti Menipu, Jangan Gunakan Agama

Sejak kebelakangan ini, satu persatu kontroversi melanda usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Selepas isu hadiah barangan kemas palsu, timbul pula satu lagi isu mengenai Lavida Coin yang diumumkan haram oleh Bank Negara Malaysia.

Baru-baru ini, DSV memuat naik video di Instagram miliknya beliau telah menjemput 500 orang anak yatim dari Yala, Thailand dan mengadakan majlis solat hajat untuk memberikan kekuatan serta memudahkan usahanya.

BACA: DSV: Sebarang Promosi Lavida Coin Dihentikan

https://www.instagram.com/p/BnaffYwBKHY/?utm_source=ig_embed

Video tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada segelintir netizen meminta agar jutawan itu berhenti menipu dan tidak mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya. Ada juga netizen mendakwa sikap suka menipu Datuk Vida menyebabkan jodohnya sebelum ini tidak kekal lama.

Semalam menerusi Instagram, Vida kongsikan kenyataan buat masa ini pihaknya memberhentikan aktiviti promosi Lavida Coin sepanjang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia membuat penilitian lanjut.

Isu berkaita Lavida Coin ini hangat diperkatakan apabila Vida sendiri mahu menukar hadiah rantai yang didakwa palsu oleh juara Gegar Vaganza musim keempat iaitu penyanyi Aisyah.