Sebelum ini Eyka Farhana pernah ditegur peminat kerana dikatakan berpakaian terlalu seksi, bagaimanapun pelakon itu berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri.
Terbaru, perkongsian Eyka sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video memperagakan pakaian jenama terkemuka, Calvin Klein.
BACA: Gambar Seksi Diambil Sebelum Ramadan, Eyka Farhana Terpaksa Post Sebab Kerja
View this post on Instagram
Menerusi vdeo dikongsikan Eyka menggayakan singlet pendek menampakkan sebahagiaan badannya namun memakai jaket di luar.
Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu mengejutkan ramai apabila ada netizen mengatakan pemakaiannya itu keterlaluan dan tidak sopan bagi wanita beragama Islam. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan pelakon itu semakin seksi jika dibandingkan sebelum ini tidak seperti itu.
Meskipun ramai yang mengecam namun ramai rakan artis memuji kecantikan pelakon itu serta ada segelintir netizen mendoakan agar diberikan hidayah.
Terdahulu, Eya berkata dia memilih cara penampilan mengikut keselesaan dan bukan kerana kehendak orang. Malah, katanya lagi penampilannya tidaklah terlalu seksi.