fbpx

Baru-baru ini perkongsian pelakon Eyka Farhana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar seksi sekaligus ditegur netizen dikatakan tidak menghormati bulan puasa.

Memetik mStar Online, Eyka menjelaskan gambar tersebut diambil sebelum Ramadan dan terpaksa berkongsikan di Instagram kerana membabitkan hal kerja.

BACA: Kongsi Gambar Seksi, Peminat Tegur Eyka Farhana Hormat Bulan Puasa

“Saya perlu post sebab ia melibatkan kerja. Saya masih tahu untuk menjaga batas di bulan Ramadan,” katanya.

Berkongsikan mengenai pendirikannya tentang imej seksi, Eyka berkata dia tidak mahu berpura-pura hanya untuk mengikut kemahuan orang lain dalam berpakaian.

“Soal seksi ini terserah kepada pandangan seseorang itu. Kalau pakai t-shirt sekalipun mungkin ada yang akan anggap seksi.

“Dari dulu lagi rasanya saya memang begini, biarlah peminat kenal siapa diri saya yang sebenarnya. Saya tak mahu orang kata fake kerana melihat penampilan di media sosial berbeza dengan diri saya yang sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, Eyka berkata dia terbuka dengan kecaman diterima serta memohon untuk terus mendoakan dirinya untuk ke arah lebih baik.

“Saya faham yang kecam itu mungkin mereka prihatin. Sama-sama kita doakan. Mana tahu suatu hari nanti akan jadi lebih baik,” katanya.