fbpx

Netizen Masih Mengecam, Tak Mahu Sokong Karier Ali Puteh

Pelawak Ali Puteh berkata masih ada segelintir netizen yang memandang negatif terhadapnya serta tidak mahu memberikan sokongan dalam persembahan lawaknya.

Memetik mStar Online, Ali berkata penyertaannya dalam program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga itu juga turut menimbulkan rasa kurang senang netizen.

BACA: Isu Dengan Balu Abam Dah Selesai, Ali Puteh Ubah Sikap Panas Baran

Kata Ali lagi, dia menyedai masih ramai yang mengecamnya serta mengaitkan dengan isu membabitkan balu arwah abangnya, Nor Hidayah.

Bagaimanapun, Ali tetap tenang menghadapi situasi itu kerana baginya juri yang akan menilai persembahannya serta tidak boleh memaksa orang untuk menyukai dirinya.

“Ada yang masih terbawa-bawa sehingga ramai yang tidak mahu tengok saya serta biarkan saja dan anggap tak kelakar.

“Walaupun begitu, saya masih okay sebab yang menilai kami di atas pentas adalah juri, kalau persembahan bagus maka tinggi markah kami.

“Saya tidak boleh memaksa mereka untuk suka saya dan tidak juga boleh paksa untuk benci tetapi saya tetap ambil yang positif,” katanya.

Terdahulu, Ali berkata dia kini lebih matang dan fokus utamanya adalah pada kerjaya seni. Ujarnya, meskipun menerima kecaman dia kini lebih tenang selepas mengambil nasihat daripada rakan-rakan.