fbpx

Netizen Mahu Nadia Brian, Zizan Razak Bercinta

Baru-baru ini, pelakon Nadia Brian dilihat ada memuat naik beberapa keping gambar bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengusik mengatakan kedua mereka serasi serta sepadan.

BACA: Nadia Brian Nak Sambung Belajar Master

Tidak kurang juga ada netizen mahu melihat kedua mereka bertemu jodoh memandangkan Nadia kini sudah kembali solo. Malah, ada yang mengatakan wajah kedua mereka juga hampir sama.

Difahamkan kedua mereka bergandingan menerusi penggambaran sebuah filem berjudul Rumah Maduku Berhantu arahan Profesor A. Razak Mohaideen.

Terdahulu, Nadia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai talak satu awal bulan ini.