fbpx

Netizen Lancar Petisyen, Minta DJ Lin Letak Jawatan

Selepas hampir seminggu isu Tyzo Xander hangat diperkatakan, hari ini kecoh mengenai satu petisyen diwujudkan meminta agar Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin untuk meletak jawatan.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Difahamkan, petisyen itu dibuat menerusi change.org dan dimulakan oleh individu menggunakan nama Mohd Faizal Legacy serta mengatakan bahawa DJ lin tidak lagi relevan.

BACA: DJ Lin Kini Berhijab, Rasa Lebih Tenang

Menerusi petisyen itu juga, turut dimaklumkan mengenai penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen tersebut menerusi sumber Laporan Penyiaran Malaysia.

“Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan.

“Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia).

“Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya,” tulisnya.

Terdahulu, berita mengenai bekas penyampai Suria FM iaitu Tyzo mengejutkan ramai pihak apabila memaklumkan kontraknya sudah ditamatkan.