fbpx

Netizen Kritik Baju Kak KM, Tak Sesuai Dengan Majlis Akikah

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM mengadakan majlis akikah anak keempanya selepas dua bulan kelahiran.

Berkongsikan video majlis tersebut di aplikasi TikTok miliknya, bagaimanapun penampilan Kak KM pada majlis tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.

BACA: Baru Dua Hari Lahir, Bayi Kak KM Dah Tumbuh Gigi

Menerusi video dikongsikan, Kak KM dilihat menggayakan busana putih dengan fesyen pada lengan bahagian atas dilihat terdedah.

@sweetdara_stokiskmbeauty

? original sound – Lianarosli.sweetdara – Lianarosli.sweetdara

Susulan penampilannya itu, rata-rata netizen mengkritik fesyen Kak KM yang dikatakan tidak sesuai dengan majlis berkenaan yang dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir.

@sweetdara_stokiskmbeauty

? original sound – Lianarosli.sweetdara – Lianarosli.sweetdara

Diruangan komen, ada netizen mempersoalkan apa tujuan tudung di atas kepala itu. Malah ada yang berseloroh mengatakan mungkin busana itu tidak sempat siap atau lebih sesuai untuk dipakai ketika mengambil vaksin.

Liana dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nabila, 19, Fariz, 15, Rania, 12, dan Cinta Carissa yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.