fbpx

Baru Dua Hari Lahir, Bayi Kak KM Dah Tumbuh Gigi

Selamat menimang cahaya mata keempat minggu lalu, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM memaklumkan bayi perempuannya itu sudah tumbuh gigi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Kak KM turut merakam bentuk gigi dan gusi puterinya yang diberi nama Cinta Carissa.

BACA: Terlalu Subur, Kak KM Nak Tutup Kilang Lepas Lahirkan Anak Keempat

“Alhamdulillah anak mama bawak tuah. Hari ke-2 dah tumbuh gigi,”t tulisnya.

Perkongsian Kak KM itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur serta memuji kecomelan anak usahawan itu.

Untuk rekod selain Cinta, Liana dan suaminya Razman Ramli juga dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun