Baru-baru ini kami ada terbaca satu ciapan dari pengguna media sosial yang ingin tahu tentang pengalaman rakyat Malaysia bertemu cinta hati mahu pun jodoh dari negeri di seberang Laut China Selatan, Sabah dan Sarawak.
Kami sendiri pun tertanya-tanya bagaimana dinamik hubungan antara orang yang berasal dari Semenanjung Malaysia apabila bertemu jodoh dengan mereka dari Sabah dan Sarawak yang kita sedia maklum mempunyai sifat jati diri dan budaya yang berlainan.
Best tak kalau bercinta dengan Sabahan Sarawakian people? Culture lain kan, mesti menarik relationship tu.
— brgsjks (@brgsjks) August 6, 2024
Membaca perkongsian dari netizen di platform X (yang dahulu dikenali sebagai Twitter) membuka mata kami tentang keunikan hubungan antara negeri dalam Malaysia.
Ada yang berkongsi tentang hari perkahwinan mereka yang berlangsung sehingga tiga hari lamanya dengan persalinan baju kahwin yang berbeza setiap hari.
Punya lain gila culture dia, terkejut ye aku bila kawen kena bersanding seharian. ? Merasalah tukar baju kawen sampai 3 kali.
Dengar cerita, ada yang sampai 2-3 hari gak kawen-sanding. https://t.co/aXn0It8T4m
— Ten ?? (@patenrazali) August 6, 2024
Bukan itu sahaja, majlis perkahwinan di Sarawak bermula seawal 8.00 pagi dan habis sebelum tengahari. Sangat berbeza dengan majlis perkahwinan biasa di Semenanjung Malaysia.
Baru tahu kenduri kahwin dekat sarawak orang sini buat pagi. Pukul 8 pagi dah start. pic.twitter.com/AqEPOTkkMV
— BUNGA ? (@AmiraAnorah) June 8, 2019
bercinta dengan sarawak>>>>
— _bbbfamous (@holymxn) August 6, 2024
Seorang netizen mengatakan yang seronok berkawan dengan mereka dari Sabah dan Sarak kerana pertuturan yang lembut ketika bercakap. Mungkin itu antara sebab orang Semenanjung boleh jatuh hati dengan orang Borneo.
seronok sebab lemah lembut je dorang cakap, dan tak serabut bila borak ? https://t.co/yhuOawaOyW
— ann. (@heiapenii) August 6, 2024
Kawan ja pun suda best.. apa lg kalau in relationship?? seronok ba
— ZxH (@frh_izzah0503) August 6, 2024
Komunikasi bukan satu masalah besar sebenarnya bila menjalin hubungan dengan orang Sabah dan Sarawak kerana mereka bertutur dalam bahasa yang sama — cuma sekali dua mungkinlah kurang faham tetapi itulah keunikan yang dicari.
Pakcik aku sorang kahwin dengan orang Sarawak sorang kahwin dengan orang Sabah. Okay je dengan aku sekali auto keluar slang Sabah & Sarawak kalau cakap dengan cousins hshshshsh kadang2 takpaham apa dorang cuba cakap?
— ????? ?? (@anshraeiou) August 7, 2024
Ahdjotylsidurjr ? tiap kali balik sana rasa macam another world, tapi best https://t.co/uZsBLvHnOB
— ? (@fathinianis_) August 6, 2024
Apa pun pengalaman cinta antara orang Semenanjung Malaysia dan Sabah & Sarawk, budaya dan cara hidup yang dibawa kita semua menjadi satu keunikan yang tiada di negara lain di seluruh dunia. Diharap keharmonian yang disemai sekian lama ini akan kekal selamanya untuk diwarisi oleh anak cucu kita nanti.