fbpx

Netizen Kantoikan Aisar Khaled Tak Beli Rumah RM1 Juta, Hanya Sewa Je

Bulan lalu, perkongsian personaliti media sosial, Aisar Khaled menjadi perhatian ramai apabila berjaya membeli rumah sendiri pada usia 22 tahun.

Aisar berkata rumah kondominum mewah berharga RM1 juta yang dibelinya itu terletak di tengah-tengah pusar bandar Kuala Lumpur.

BACA: Baru 22 Tahun, Aisar Khaled Berjaya Beli Kondominum Mewah RM1 Juta Dekat KLCC

Menerusi satu video, Aisar turut dilihat menandatangani dokumen serta menyerahkan bayaran secara tunai kepada seorang wanita dipercayai agen rumah.

Bagaimanapun, tular sejak semalam di media sosial apabila beberapa netizen mendedahkan dokumen yang ditandatangani Aisar bukanlah dokumen membeli rumah, sebaliknya ia adalah ‘tenancy agreement’.

Kata netizen lagi, tidak pernah dibuat orang membeli rumah tetapi membuat pembayaran secara tunai kepada ejen. Seperti sudah dijangka ramai mengecam Aisar kerana menipu.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Aisar mengenai dakwaan netizen itu. Terdahulu, Aisar berkata dia membuka syarikat berasaskan perlaburan untuk membantu anak muda berjaya serta memiliki harta di usia muda.