fbpx

Netizen Kagum Noor Nabila Timbang Lauk Sebelum Makan

Baru-baru ini ini tular video memaparkan kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila menjadi perhatian ramai.

Menerusi video dikogsikan di TikTok Roxis Omar, memaparkan pelbagai jenis lauk di atas meja serta alat penimbang makanan milik Nabila.

BACA: Noor Nabila Tempah Aina Abdul Menyanyi Di Wedding Hujung Tahun Hadapan?

Rosix berkata Nabila yang ajaknya untuk makan tetapi ibu kepada Jebat Jayden itu hanya akan makan sedikit sahaja. Dapat dilihat Nabila mengambil isi ikan untuk ditimbang sebelum menjamah makanan tersebut.

@rosixomar25

Citer sini hbs sini!! Mkn2 dgn Miss Bell!! #rosixomar

? original sound – Rosixomar – Rosixomar

“Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni. Dia makan kena ada penimbang,

“Dia kena timbang berapa banyak dia makan, ni masalah negara aku pun tak faham. Kejap lagi dia suruh kita makan banyak-banyak, dia pula timbang,”

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan apa yang dilakukan Nabila yang menjaga pemakanan sejak dari muda lagi.

Dalam pada itu, ada yang memuji tubuhnya yang langsing dan mahu menjadikan tindakan Nabila itu sebagai contoh dalam menjaga pemakanan.