Netizen Kagum Intan Najuwa Dapat A Subjek Law
Baru-baru ini perkongsian pelakon Intan Najuwa menjadi perhatian ramai apabila berkongsi keputusan cemerlang diperolehinya dalam peperiksaan akhir sementar.
Kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Asasi Undang-Undang di salah sebuah kolej di Singapura, Intan berkongsikan berita itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
BACA: Bakal Jadi Peguam, Intan Najuwa Sibuk Bergelumang Dengan Buku
@intannajuwaaa All the sleepless night paid off! Let’s move to the next sem! ? wehu ?
Menerusi entri itu juga, Intan turut berkongsikan momen dimana dia gigih belajar serta menyiapkan tugasan yang diberikan.
Perkongsian Intan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan pelakon itu serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.
Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Intan boleh menguruskan waktu untuk belajar dalam masa sama berlakon serta menguruskan perniagaan.
Cuma nak bagi tahu yang i pun dapat A untuk subject Law ..