Dalam diam, pelakon Intan Najuwa kini bergelar pelajar dalam jurusan undang-undang di sebuah pusat pengajian di Singapura.

Baru-baru ini perkongsian Intan menjadi perhatian ramai apabila dimana dia sentiasa menghabiskan masa terluang dengan menulis nota dan bergelumang dengan buku.


BACA: Intan Najuwa Dikecam Pakai Skirt Pendek

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa, 24 ?? (@intannajuwa)

“Habiskan masa cuti saya dengan buku-buku. Otak ini tak pernah berhenti. #lawstudentlife” tulisnya.

Melihat perkembangan terkini pelakon ini sebagai pelajar undang-undang di media sosial, rata-rata peminat mengagumi Intan serta mendoakan yang terbaik.


Malah, ada yang tertanya-tanya bagaimana Intan menguruskan masa sebagai seorang pelajar dalam masa sama bergelar pelakon dan menguruskan perniagaan.

Bagus Intan, walaupun bergelar pelakon namun masih pentingkan pelajaran untuk masa depan yang lebih cerah, barulah digelar ‘beauty with brain’.