fbpx

Netizen Kagum Anak Buah Mira Filzah Jawab Matematik Kurang 30 Saat

Umum mengetahui pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah mempunyai seorang anak buah yang dikenali sebagai Umar yang kini menetap di New York. Ketika majlis pernikahan Mira, telatah Umar menjadi perhatian ramai yang memberikan ucapan dalam bahasa Inggeris.

Baru-baru ini, Mira ada berkongsikan video anak buahnya menjawab soalan matematik kurang daripada 30 saat sekaligus mendapat perhatian ramai netizen yang kagum dengan kebijaksanaan kanak-kanak berusia 5 tahun itu.

BACA: Betulkan Tudung Mira Filzah, Wan Emir Dipuji Jaga Aurat Isteri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Malah, rata-rata netizen ada meluahkan hasrat mereka mahu belajar cara untuk menjawab sifir dalam masa singkat seperti yang dilakukan oleh Umar.

Kata netizen lagi, mereka tidak pernah tahu ada cara mudah seperti ditunjukkan oleh Umar untuk menjawab soalan matematik atau sifir.

Sebelum ini, Mira pernah memberitahu bahawa Umar telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke The Anderson School Citywide Gifted & Talented di New York iaitu salah satu sekolah yang terbaik di sana.