fbpx

Netizen Jumpa ND Lala Bagi Ceramah Di Kursus Kahwin

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di TikTok memaparkan penyanyi era 80-an iaitu Datuk ND Lala dilihat sedang memberi ceramah di kurus perkahwinan.

Menerusi video dikongsikan seorang pengguna itu, individu dipercayai ND Lala sedang memberi ceramah motivasi tentang ‘Multiply Income.’ 

BACA: “Kalau Terjumpa Saya Tolong Jangan Buat Muka Sedih” – Isteri ND Lala

Lebih menjadi perhatian, individu yang memuat naik video tersebut pelik dengan kehadiran penyanyi itu pada kursus berkenaan.

@adlnshzwnie

? Funny – Gold-Tiger

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang berseloroh mengatakan bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu berkongsi tips poligami.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila isteri kepada penyanyi itu iaitu Datin Fauziah Sarman ada memuat naik gambar seorang wanita dengan gelaran ‘penyondol’.