fbpx

Netizen Jodohkan Fathia Latiff Dengan Caprice

Lama tak dengar cerita, baru-baru ini pelakon Fathia Latiff ada berkongsikan gambar di hari perkahwinan adiknya, Dr Fasiha Latiff.

Menerusi gambar berkenaan, Fathia dilihat tampil manis bertudung dan memakai persalinan putih serta mengucapkan selamat pengantin baru buat adiknya.

BACA: Netizen Tegur Fathia Latiff Buat Suntikan Filler Di Rahang

Perkongsian Fathia itu dihujani ucapan tahniah dari pengikutnya buat adiknya itu. Malah, ramai tidak sabar untuk menunggu hari bahagia pelakon itu pula.

Namun, lebih menjadi perhatian apabila ada netizen meninggalkan komen menjodohkan Fathia dengan penyanyi rap, Caprice serta mengatakan ia perkahwinan sangat ditunggu-tunggu.

Untuk pengetahuan anda, Fathia dan Caprice pernah bertegang urat sekitar tahun 2018. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja, kalau dah jodoh tak kemana.