fbpx

Netizen Tegur Fathia Latiff Buat Suntikan Filler Di Rahang

Umum mengetahui, baru-baru ini dua sahabat baik ini iaitu pelakon Fathia Latiff sudah pun berbaik dengan pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie selepas hampir dua tahun bermasam muka.

Malah, Fathia berkata dia mahu mengajak Zarina untuk belajar agama. Bagaimanapun, perkongsian video Fathia di akaun Instagram miliknya menjadi perhatian memaparkan dirinya melakukan suntikan filler di wajah.

BACA: Sudah Berbaik, Netizen Harap Fathia Latiff Tak Buka Tudung Lagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Melihat pada video tersebut, Fathia sedang melakukan rawatan bahagian dagu dengan teknik dicucuk mengunakan gel ke dalam kulit rahang.

Video tersebut sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menegur tindakan pelakon itu yang seolah cuba mengubah ciptaan Tuhan.

Netizen turut mengatakan bahawa dalam Islam dilarang untuk melakukan perkara sedemikian. Tidak kurang juga ada yang mengatakan, mungkin disebabkan itu Fathia dilihat tidak cantik seperti dulu.

Pada tahun 2019, Fathia mengejutkan industri hiburan tanah air apabila membuat keputusan untuk tidak berhijab selepas tiga tahun bertudung. Bagaimanapun, Jun tahun lalu Fathia kembali berhijab serta mahu berubah menjadi insan lebih baik.