fbpx

Netizen Gesa Pihak Berwajib ‘Banned’ Aliff Aziz Muncul Di Kaca TV

Sejak Isnin lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi Aliff Aziz apabila seorang wanita mengaku dirinya kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu sejak Januari lalu.

Susulan kontroversi terpalit Aliff, ada netizen meluahkan rasa kurang senang dan isunya itu seolah menjatuhkan maruah agama.

BACA: Bella Astillah, Kekasih Gelap Aliff Aziz Saling Follow Di Instagram

Malah, netizen tersebut turut menggesa pihak berwajib ‘banned’ Aliff daripada muncul di kaca televisyen mahupun drama di Malaysia.

Sementara itu, perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial lain yang bersetuju dengan saranan tersebut.