fbpx

Netizen Gembira Tengok Puteri Sarah & Rossa Sera Bergabung

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai kemelut rumah tangga, pelakon Puteri Sarah dan Rossa Sera.

Ketika Sera dikatakan dalam proses berpisah berpisah dengan suaminya, Shuk Sahar, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah pula dalam proses menyaman orang ketiga.

BACA: “Tahniah Mohd Syamsul, Pasukan Mat Kilau” – Puteri Sarah

Baru-baru ini, kedua-dua mereka bertemu dalam satu majlis dan dilihat ada memuat naik video dan gambar bersama di Instagram.

Malah, kedua mereka juga saling bertukar kata semangat untuk terus bangkit ke hadapan dalam mencari rezeki.

Sera turut menitipkan ucapan terima kasih buat Puteri Sarah yang banyak memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Perkongsian Puteri Sarah dan Sera mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang suka melihat mereka berdua bergabung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? ? (@rossa.sera)

Malah, ramai mengagumi kedua mereka yang disifatkan wanita hebat dan kuat serta berseloroh mengatakan orang ketiga perlu bersiap sedia.