fbpx

Netizen Gembira, Fazura Sudah Berhijab?

Sering memuat naik fotonya berhijab sejak kebelakanngan ini, penampilan pelakon cantik Nur Fazura menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen.

Hasil tinjauan di beberapa perkongsian Fazura, rata-rata peminatnya menyambut baik penampilannya itu serta mendoakan isteri kepada Fattah Amin itu berhijab sepenuhnya.

BACA: “Tak Ada Darah Campuran, Fazura Wanita Melayu Paling Cantik”

Seperti diketahui, sebelum ini Fazura mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan, namun penampilannya kini agak berbeza apabila sering berkongsi video atau gambarnya berhijab.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan daripada Fazura mengenai perkara itu. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat Fazura.