fbpx

Netizen Dedah Cerita Bekas Tunang Kawal Syafie Naswip?

Sehingga hari ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Syafie Naswip dengan isu dakwaan memukul bekas tunangnya Aishah Azman kerana berang dituduh menjalinkan hubungan songsang.

Malah, akaun Instagram Syafie diserang netizen yang ingin mengetahui kesasihan perkara itu. Namun, baru-baru ini seorang netizen tampil mendedahkan tentang kisah Syafie dan bekas tunangnya.

BACA: “Lebih Baik Putuskan Sekarang Daripada Tanggung Derita”

Menurut apa yang diceritakan oleh netizen tersebut, bekas tunangnya dikatakan menghalang Syafie daripada berhubung dengan saudara angkatnya.

Netizen itu juga mendakwa mungkin berlaku sedikit pertengkaran membuatkan pelakon lelaki itu hilang pertimbangan sehingga menampar Aishah yang didakwa menjaja cerita bahawa Syafie adalah gay.

https://twitter.com/NasirPasir/status/1158062622534598656?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1158062622534598656&ref_url=https%3A%2F%2Fmforum.cari.com.my%2Fportal.php%3Fmod%3Dview%26aid%3D48969

Malah, ada netizen mendakwa tidak logik Aishah mengatakan bahawa gambar kesan lebam itu telah dipadam oleh Syafie dan mungkin ia hanyalah rekaan sahaja kerana tiada bukti kukuh.

Kata netizen lagi, tindakan Syafie memukul Aishah sememangnya salah, tetapi mungkin ada sebab mengapa dia bertindak di luar kawalan.

Malah, Syafie juga dikatakan menyerah diri kepada pihak polis kerana rasa bersalah dan bukan kerana waran tangkap telah dikeluarkan.

Susulan isu tersebut, ramai rakan artis memberikan kata-kata sokongan kepada Syafie di atas apa yang berlaku. Malah, rakan artis yang sudah lama mengenalinya  percaya bahawa dia bukanlah lelaki yang kasar atau bersikap sedemikian.