fbpx

Netizen Dedah 10 Selebriti Yang Pernah Diboikot

Baru-baru ini kisah penyanyi muda Haqiem Rusli menjadi perhatian netizen apabila dia mendedahkan mengalami kemurungan kemudian kembali menyanyi. Keadaan menjadi lebih keruh apabila isu mempergunakan rakan artis hangat diperkatakan.

Berikutan isu tersebut, ramai selebriti lain meluahkan pendapat mereka di media sosial masing-masing. Tidak kurang juga ada yang menghentam tindakan Haqiem Rusli.

Kisah Haqiem Rusli itu juga menarik perhatian seorang netizen yang mengatakan adakah penyanyi muda itu akan diboikot. Turut dikongsikan senarai selebriti yang pernah diboikot.

1. M. Nasir

Pada tahun 1996, penyanyi dan komposer M Nasir dikatakan telah dilarang untuk bersiaran di televisyen dan radio gara-gara kontroversi mempersoalkan ‘siapa Dr Mahathir”. Kesannya, penyanyi itu diboikot oleh semua pengamal media.

2. Serina Ridzuawan

Diboikot oleh pengguna ig/followers ig kerana menzahirkan sokongan kepada BN sempena PRU14 (bapanya pulak all out hentam BN). Kesannya, tempahan kuih raya dan char kuey teow perusahaan sheols dibatalkan dan diboikot.

3. Shila Amzah

Shila dikatakan lupa media tempatan dan melebihkan media asing (China). Tak jemput WPH (wartawan pondan homo) ke konsert Genting sebab katanya ada syarikat arak yang jadi penaja. Bila ND Lala (ayah shila) buat PC untuk explain, dengan alat bantuan mengajar Slide PowerPoint, ND lala kian menyelar salah WPH yang salah. Kesannya dia telah diboikot oleh wartawan akhbar tempatan.

4. Fasha Sandha

Pada tahun 2008, isu melenting kepada WPH (wartawan pondan homo) yang lebih suka gali kisah peribadi banding kerjaya dan Fasha juga ajar WPH cara tulis berita! Akibatnya, dia telah digam daripada siaran akhbar.

5. Faizal Tahir

Tahun 2008, Faizal Tahir telah diboikot oleh semua pengamal media kerana menanggalkan baju sehingga menampakkan tubuhnya ketika konsert ulangtahun keempat 8tv. Dia telah digam dari segala kemunculan di mana-mana media dan kerja amal selama enam bulan.

6. Adam Corrie & Ezani

Tahun 2013, Ezani dikatakan mempersoal isu bayaran yang diterimadaripada RTM dan dia telah diboikot oleh RTM. Manakala Adam pula diboikot kerana telah menyertai pembangkang semenjak masuk Islam pada tahun 2007.

7. Kaka Azraff

Pada tahun 2015, Kaka Azraf telah diboikot rakan artis kerana dikatakan punca hubungan cinta Tasha Shila dengan seorang pemuda putus. Akibat daripada peristiwa itu, dia tidak dijemput ke malam berinai Sh. Sakinah (+Sherry, Elfira, Jihan, Marsha, TASHA) walhal join bridal shower kat Bali sebelum isu meletus.

8. Fazura

Tindakan pelakon itu yang mengecam komen peminatnya mengundang kritikan pengguna media sosial. Komen oleh peminat itu dikatakan telah disalah erti oleh Fazura sebagai bahasa kesat. Akibatnya, dia telah kehilangan pengikutnya di Instagram kurang dari 24 jam.

9. Fathia Latiff

Ini antara gosip yang hangat diperkatakan. Tampil dengan imej erotika di Bigo Live tatkala sedang memegang imej bertudung dan juga dikatakan lewat ke lokasi pengambaran, Fathia diboikot oleh produser drama. Akibatnya, tawaran belakon kepadanya berkurangan dan watak yang dipegangnya telah diganti dengan Siti Elizad.

10. Izreen Azminda

Dikatakan pemusnah rumah tangga Intan dan Ude yang sebelum ini aman, sehingga diboikot oleh makcik bawang dan netizen. Kesannya, Izreen akan dikecam dalam mana-mana program yang dia terlibat dan netizen berikrar tidak akan menonton drama yang dilakonkan olehnya.