fbpx

Selepas sebulan mengumumkan perceraian dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin, pelakon Nad Zainal mengakui kehidupannya kini lebih tenang.

Kata Nad lagi, hidupnya juga lebih gembira serta hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak baik-baik sahaja.

BACA: Bukan Nak Riak, Nad Zainal Lebih Tenang & Gembira Lepas Bercerai

Namun, sejak kebelakangan ini ada netizen mengatakan Nad dilihat semakin ‘daring’ dalam lakonan serta pemakaiannya kelihatan agak seksi.

Menerusi satu perkongsian di BHOnline Instagram, sekaligus menjawab spkulasi yang hangat diperkatakan mengenai pelakon itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita Harian (@beritaharian)

Menurut Nad, dia berperwatakan seksi adalah disebabkan tuntutan kerja dan gayanya sekarang sama sahaja dengan gaya sebelum berpisah dengan bekas suaminya.

“Nad tak pernah menganggap diri seksi, sebaliknya bergaya mengikut tuntutan watak. Sebelum berpisah, itulah gaya dirinya, tetapi netizen memberi perhatian selepas bercerai,” tulis posting tersebut.

Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom kini berusia setahun.