fbpx

Bukan Nak Riak, Nad Zainal Lebih Tenang & Gembira Lepas Bercerai

Selepas sebulan mengumumkan perceraian dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin, pelakon Nad Zainal mengakui kehidupannya kini lebih tenang.

Memetik Kosmo, Nad berkata dia sama sekali tidak bermaksud mahu mendabik dada sebaliknya hidupnya tetap gembira serta hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak baik-baik sahaja.

BACA: Bukan Nak Tunjuk Alim, Nad Zainal Selesa Pakai Baju Besar Bila Ke Gym

“Kehidupan saya kini lebih gembira sampai berat badan saya bertambah dua kilogram. Bukan nak cakap riak sebab tidak terkesan dengan perceraian ini, namun saya rasa lebih tenang. Anak-anak berada bawah penjagaan saya. Hubungan dengan bekas suami juga okey,” katanya.

Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menegaskan kisah perceraian bukanlah perkara yang seronok untuk dikongsikan dan tetap enggan bercerta lanjut kisah kegagalan rumah tangganya.

“Saya tak mahu kongsi terlalu banyak hal peribadi kepada umum. Saya perlu menjaga hati banyak pihak, keluarga saya sendiri pun tidak gembira jika saya bercerita terlalu banyak.

“Perceraian ialah perkara yang sedih untuk dikongsi. Kalau boleh nak kongsi lebih banyak tentang kerjaya. Bagi saya tak penting,” katanya.

Ditanya mengenai apa yang dipelajari tentang kegagalan rumah tangga yang dilaluinya, Nad berkata dia perlu melalui segala dugaan dengan matang.

“Kita mampu merancang sahaja dan tidak akan pernah tahu bahawa jodoh berakhir di situ. Usia pun sudah meningkat, jadi perlulah hadap semua ini dengan cara yang matang. Saya tak suka gaduh-gaduh.

“Buat masa sekarang tak terfikir perkahwinan kedua atau ketiga. Saya kini fokus dengan kerja dan ingin lakukan sesuatu yang belum pernah direalisasikan sebelum ini,” katanya.