Selebriti dan usahawan Neelofa menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran terbaru mempromosikan minuman perisa pisang jenama miliknya.
Difahamkan, Neelofa mempromosikan minuman pisang berkenaan yang bakal dilancarkan semula selepas beberapa tahun tidak berada dipasaran.
BACA: Harga Tiket Majlis Ilmu PU Riz & Neelofa Cecah RM1k, Netizen Pertahan Anggap Berbaloi
Bagaimanapun, ada perkara lain yang lebih menjadi perhatian apabila ada netizen mendakwa terlihat baby bump.
Diruangan komen, ramai yang teruja serta bertanyakan adakah selebriti itu kini sedang berbadan dua serta mengatakan Bilal dan Abbas akan menjadi abang tidak lama lagi.
Malah, ada yang mengucapkan tahniah meskipun tiada pengesahan daripada Neelofa sendiri mengenai spekulasi berkenaan.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.