fbpx

Netizen Dakwa Isteri Kedua PU Abu Hamil?

Pada Oktober lalu, perkongsian PU Abu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran seolah memberi bayangan perkahwinan dengan kedua isterinya bakal berakhir.

PU Abu mengesahkan dia dan kedua isterinya bakal membawa haluan masing-masing serta akan berkongsikan perkembangan lain di media sosial miliknya.

BACA: PU Abu Belum Cerai Hanya Bawa Haluan Masing-Masing

Bagaimanapun, perkongsian terbaru isteri kedua PU Abu iaitu Hana Azraa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @hanaazraa

Menerusi perkongsian itu, Hana dilihat berada di sebuah pusat perubatan serta menulis kapsyen seolah-olah sedang menanti sesuatu yang baik.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendakwa ternampak baby bump serta mendoakan kesihatan Hana serta bayi dalam kandungan.

Untuk rekod, Abu mendirikan rumah tangga bersama Ain Afini pada tahun 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan ‘Afi dan Siti Khadijah.

Kemudian, Abu dan Hana pula bernikah pada tahun 2019 dan memiliki seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen.