fbpx

PU Abu Belum Cerai Hanya Bawa Haluan Masing-Masing

Sekitar Jun lalu pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu berkongsikan rumah tangganya kini bahagia dengan dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa.

Terbaru, perkongsian PU Abu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantaran memberi bayangan perkahwinan dengan kedua isterinya bakal berakhir.

BACA: PU Abu Bahagia Amal Poligami, Syukur Dapat Satukan Semula Dua Isteri

Memetik Oh Bulan, PU Abu mengesahkan dia dan kedua isterinya bakal membawa haluan masing-masing serta akan berkongsikan perkembangan lain di media sosial miliknya.

“Belum (bercerai), kami bawa haluan masing-masing. Apa-apa saya akan update dalam media sosial saya. Untuk setakat ini, itu sahaja yang saya boleh maklumkan,” katanya.

Semalam, PU Abu ada memuat naik posting di Insta Story mengatakan mereka sudah berbincang untuk membawa haluan masing-masing selepas enam tahun bergelut kemelut rumah tangga.

“Setelah berbincang, kami bertiga akan bawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai.

“Insya-Allah semuanya akan melalui proses yang betul. Doakan yang baik-baik buat kami. Tidak ada apa-apa kepentingan, melainkan hanya ingin menyelesaikan kemelut selama enam tahun,” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Abu mengakui dia gagal menjadi ketua keluarga dan pilihan yang ada adalah membawa haluan masing-masing.

“Di mana silapnya? Saya silapnya. Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara? Apa pilihan yang saya ada melainkan membawa haluan masing-masing.

“Jangan risau, ini adalah keputusan bersama. Anak? Insya-Allah semuanya akan baik, anak-anak tetap anak-anak,” tulisnya.