fbpx

Netizen Bosan Fattah Amin Diam Seribu Bahasa?

Meskipun timbul pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga Fattah Amin dan Fazura namun pasangan tersebut masih lagi berdiam diri sekaligus mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen serta pengikutnya.

Menerusi satu perkongsian Fattah, ada netizen meninggalkan komen menggesa aktor itu membuka mulut mengenai rumah tangganya.

BACA: Lagu Adele, Babak Crazy Rich Asians ‘Hint’ Rumah Tangga Fazura?

“Kami faham bahawa setiap orang ada hak dan privasi. Tetapi anda harus menerima bahawa anda seorang selebriti dan kami sebagai peminat anda,” komen seorang netizen.

Sementara itu, kenyataan Fazura yang sebelum ini mengatakan dia mahu fokus berkongsi mengenai isu semasa yang berlaku di Palestin dianggap tidak meyakinkan bagi seorang netizen yang meninggalkan komen.

“Sekali lagi, apa alasan yang diberikan Faz adalah tidak kukuh. Berhenti berdiam diri dan berhenti buat kami membuat spekulasi. Menggunakan Palestin sebagai alasan adalah lemah,” tambah seorang lagi pengguna.

“Jika ini benar-benar mengenai Palestin, anda tidak akan melakukan apa yang anda lakukan sekarang. Kenapa bila berkaitan dengan anda dan Faz, Palestin menjadi isu? Jujur sahaja, itu yang peminat anda mahu tahu,” komen netizen berkenaan.

Awal September, perkongsian Fazura kembali menjadi perhatian ramai apabila memuat naik posting mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Ogos.

Namun, apa yang mencetuskan tanda tanya, Fazura dilihat memuat naik beberapa keping gambarnya bersama anak perempuannya namun tiada gambar suaminya.

Turut menjadi perhatian Fazura dilihat memuat naik klip persembahan Adele menyanyikan lagu Love In The Dark dan babak filem ‘Crazy Rich Asians’ memaparkan watak Astrid Leong membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya.

SUMBER: Utusan