fbpx

Netizen Beri 7 Sebab Lelaki Takut Dekati Neelofa

Pengacara dan pelakon Neelofa antara usahawan yang dikagumi ramai. Bukan saja mendapat tempat dalam dunia hiburan, malah mendapat kepercayaan untuk menjadi duta jenama antarabangsa.

Walaupun kariernya amat cemerlang, namun dalam soal cinta dia mengakui bahawa ramai lelaki yang takut untuk dekati dirinya.

Namun, seorang individu memberikan sebab yang mungkin sedikit sebanyak menjawab persoalan tersebut.

Individu tersebut memberikan sebab dan pandangan sebagai seorang lelaki. Lebih mengejutkan, menurut ‘lelaki’ tersebut Neelofa tidak memiliki ciri-ciri seorang isteri yang diinginkan oleh kaum lelaki.

1. Solekan terlalu tebal. Lelaki suka yang sederhana, sedap mata memandang untuk buat isteri.
2. Dari awal dah nampak keluarga campur tangan. Tak bagus untuk pasangan yang baru nak berumah tangga.
3. Kena ubah atau baiki gaya percakapan dan tingkah lagi. Lebih-lebih lagi gelak yang terlampau.
4. Sombong. Ini ketara sangat, malas nak tunjuk bukti
5. Tak sesuai nak dibawa balik kampung. Mungkin jodoh sesuai dengan orang bandar
6. Awak seorang muslimah tapi sukar bentuk. Degil dan hanya awak yang betul.
7. Awak cantik tapi bukan jenis untuk dibuat isteri.