Perkongsian pelakon Abby Abadi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik hantatan mengenai peranan ibu video dengan berlatar belakang lagu Jiwa Yang Bersedih.
Apa yang menjadi perhatian, diruangan komen perkongsiannya itu anaknya Marissa Dania dilihat ada meninggalkan komen bertanyakan kepada ibunya enggan membalas mesej.
BACA: “Saya Sudah Maklumkan Kepada Bapa Mentua Saya” – Aslam
Sementara itu, rata-rata netizen meninggalkan komen meluahkan rasa simpati dengan apa yang dilalui oleh Abby serta ada yang menganggap Aslam sebagai menantu yang kurang ajar susulan kenyataan dikeluarkan baru-baru ini.
“Ibu mana yang tak sedih atau marah. Sebagai anak tak payah la terasa sangat kalau sedar diri sendiri yang buat salah. Kalau tak reti nak ambil hati sekalipun, jaga la hati Abby tu.
“Bagi aku Aslam menantu yang kurang ajar. Kalau aku sebagia ibu mentua pun pasti terasa. Dah la dia ambil anak kita cara tak elok, sepatutnya give effort untuk ambil hati Abby,” tulis netizen.
Terdahulu, Aslam mengesahkan berita mengenai pemergian anak sulung mereka selepas dilahirkan tidak cukup bulan.
Menerusi perkongsian di Instargram, Aslam memaklumkan dia sudah memberitahu perkara itu kepada bapa Marissa yang juga pelakon Norman Hakim serta isteri pertamanya, Misya Mazlan.