fbpx

Netizem Kecam Video Zarina Anjoulie Cium Iqram Dinzly

Sekian lama senyap seketika daripada kontroversi, baru-baru ini hangat diperkatakan apabila MIG Online ada memuat naik video pelakon Zarina Anjoulie bersama Iqram Dinzly.

Menerusi video 20 saat itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berdiri rapat dengan Iqram serta bertanya kepada aktor itu untuk memberikan kata-kata semangat.

BACA: Zarina Anjoulie Nasihat Gadis, Janda Jangan Bela Biawak Hidup

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIG Online (@migonline)

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai, selepas Iqram memberikan kata-kata semangat Anju bertanyakan mengapa pelakon itu sangat comel sambil memberikan ciuman di pipi Iqram.

Video tersebut ternyata mengejutkan netizen melihat aksi mesra kedua pelakon itu yang disifatkan tidak menjaga batas serta mengundang kecaman ramai yang mempersoalkan tindakan Anju itu.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen mendoakan agar mereka berdua diberikan hidayah, kembali ke jalan yang benar dan bertaubat.