fbpx

Zarina Anjoulie Nasihat Gadis, Janda Jangan Bela Biawak Hidup

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Zarina Anjoulie berkongsikan pendapatnya mengenai soalan daripada pengikut jika mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja.

Menurut Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju, dia memberikan nasihat supaya jangan terlanjut berkahwin dengan lelaki tidak bertanggungjawab bimbang diri akan merana kelak.

BACA: Zarina Anjoulie Tak Mengaku Salah Ambil Dadah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“Jawapan saya, jangan kahwin. Ia merupakan satu perangkap yang dia mahu jadi penganggur, untuk dia jadi biawak hidup supaya kamu bekerja untuk dia.

“Kalau dia nak kahwin dengan kamu, kalau dia sayang kamu, dia akan tunjuk usaha untuk kerja dahulu. Bukannya selepas kahwin baru dia nak cari kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Anju berkata lagi jangan sesekali merasakan kasihan atau meletakkan keyakinan bahawa mereka akan berubah selepas berkahwin kerana anda akan dipersalahkan jika hubugan tidak menjadi.

“Lebih baik tolong ibu bapa kamu atau tolong diri sendiri. Tak perlu tolong anak orang ni. Sebab kalau hubungan tidak menjadi, kamu juga yang salah.

“Semua orang akan salahkan kamu dan berkata kenapa kahwin dengan dia sedangkan kamu sudah tahu yang dia tidak mempunyai kerja,” katanya.

Kata Zarina lagi, jika lelaki tersebut pada asalnya mempunyai karier yang bagus tetapi kini hanya bekerja biasa akibat pandemik, berilah sokongan dan jangan rendahkan mereka.

Terdahulu, Zarina sah bercerai dengan Eilyas pada Februari 2021 selepas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai tahun lalu.