Masih ada sepuluh hari lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Nabila Huda memilih untuk mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quran yang diberikan oleh bapanya, Amy Search. Abil turut mengajak peminatnya sama-sama membaca Al-Quran seperti yang dilakukannya.

Menurut Abil, dari duduk melepak dirumah sepanjang tempoh PKP ini, adalah lebih baik jika kita membaca Al-Quran setiap hari. Abil berkata meskipun bacaannya tidak begitu lancar kerana sudah lama tidak mengaji, namun dia percaya mampu perbaiki bacaannya.


BACA: Amy Search Bengang Nabila Huda Masih Bekerja

Abil berkata dia belajar mengaji daripada neneknya semasak kecil dan mendedahkan dia sudahpun khatam al-Quran sebanyak 3 kali.

“Satu hari kita baca satu muka surat mana tahu lama-lama khatam. Daripada kita duduk lepak tak buat apa baik kita baca sama-sama mana tahu kita duduk rumah ni sampai raya.”

“Saya belajar mengaji daripada nenek iaitu ibu kepada penyanyi Amy Search semasa kecil, dulu dia guru mengaji. Jadi saya mengaji setiap hari dengan nenek dan sudah berjaya khatam sebanyak tiga kali.”

Sebelum ini Nabila berkongsikan di Instagramnya bahawa bapa dan ibu tirinya telah menghadiahkan senaskah al-Quran bersempena dengan hari lahirnya yang disambut penghujung Mac lalu.

Dalam pada itu, rata-rata peminat menyokong usaha Nabila itu selain mengisi aktiviti kerohanian sepanjang PKP. Malah, ramai yang mendoakan agar pelakon itu terus istiqamah dalam untuk membaca Al-Quran setiap hari.