fbpx

Nelydia Senrose Tidak Pasti Uqasha Dah Bertunang?

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Setia Hujung Nyawa, Nelydia Senrose memberitahu bahawa dia tidak pasti apakah yang didakwa oleh sesetengah media bahawa kakaknya yang juga pelakon yang sedang meningkat naik, Uqasha Senrose sudah bertunang.

Hakikatnya, apa yang telah diberitahu oleh Nelydia bahawa kakaknya itu hanyalah dirisik oleh Pekin Ibrahim dalam majlis sederhana yang telah diadakan di kediaman Nelydia Senrose.

“Sebenarnya saya tidak berapa tahu dan pasti apakah benar kakak saya itu sudah bertunang kerana apa yang diberitahu kakak saya hanya dirisik. Saya juga tidak berapa tahu disebabkan ketika majlis itu berlangsung saya tiada di rumah kerana terbabit dengan penggambaran, dan disebabkan itulah saya tidak boleh mengulas lebih panjang mengenai hal ini kerana rasanya biarlah pihak yang sepatutnya memberikan penjelasan ini”

Sebelum ini juga ada dakwaan yang mengatakan bahawa Pekin seorang yang panas baran, samseng dan kaki pukul, ternyata dakwaan tersebut tidak benar kerana apa yang dilihat Nelydia bahawa Pekin ini merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan ‘protective’ terhadap kakaknya.

“Saya tidak melihat sikap Pekin yang diuar-uarkan oleh peminat sebelum ini yang mengatakan Pekin seorang samseng dan sebagainya. Jelasnya di sini dia cukup baik dan mempunyai sikap yang sangat ‘protective’ terhadap kakak saya. Walaubagaimanapun, saya sendiri tidak berani untuk bercakap lebih, kerana apa yang penting kita berdoa agar jodoh mereka kuat untuk disatukan,” katanya.

Sementara itu, mengenai hubungannya bersama dengan Qi Razali yang sebelum ini didakwa bahawa telah diberikan cincin oleh Qi.

“Tiada apa pun sebenarnya, itu hanyalah hadiah birthday saya ‘in-advance’ kerana selepas ini Qi tidak menyambut birthday bersama-sama dengan saya kerana dia akan terlibat dengan penggambaran di Argentina,” tambahnya lagi ringkas.