fbpx

Nelydia Senrose Terbeban Dengan Isu Kakak?

Memuat naik kenyataan yang agak mendalam mengenai beban yang terpaksa dipikulnya, ramai menganggap luahan Nelydia Senrose berkaitan dengan kontroversi dadah membabitkan kakaknya, Uqasha Senrose baru-baru ini.

BACA: Dakwa Disabotaj, Polis Tetap Teruskan Siasatan

Luahnya, berat beban yang terpaksa dipikulnya walaupun ia bukan berkaitan dengan dirinya. Sekaligus mengukuhkan sekali lagi dakwaan mereka mengenai Uqasha yang ditahan kerana kemalangan dalam keadaan khayal.

Kenyataan itu turut membuatkan peminat bersimpati dengan keadaannya yang terkena tempias kontroversi kakaknya. Rata-rata peminat memintanya bersabar dalam mengharungi dugaan yang menimpa keluarganya kini.

Mungkin inikah luahan yang sudah lama disimpan Nelydia setelah sekian lama memendam rasa mengenai kontroversi yang tercetus membabitkan Uqasha sebelum ini. Apapun semoga Nelydia dan keluarga terus kuat. (rtky/w)