fbpx

Nelydia Senrose Sedia Timang Cahaya Mata

Lebih setahun melayari bahtera rumah tangga dengan suami, Mohd Hafez Halimi pada April tahun lalu, pelakon Nelydia Senrose tidak tertekan apabila sering diajukan soalan mengenai zuriat.

Mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, Nelydia berkata dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar diperkenankan impian untuk bergelar seorang ibu serta diberi rezeki zuriat.

BACA: Nelydia Senrose Mohon Doakan Dikurniakan Anak

“Kalau ada rezeki, saya memang sudah bersedia dan teringin untuk menjadi seorang ibu, cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki. Soal anak, maut ajal semua itu ketentuan Ilahi.

“Saya akur dan reda. Mohon semua orang doa yang baik-baik agar usaha saya untuk menimang anak dipermudahkan, moga saya murah rezeki. Insya-Allah,” katanya kepada Kosmo!

Kata Nelydia lagi, dia memahami mereka yang sering bertanyakan mengenai hal zuriat kerana prihatin. Ujarnya lagi, jika diberi rezeki untuk hamil pasti dia akan kongsikan kepada umum.

“Tidak langsung. Lagi pun saya dan suami baru berkahwin sekitar setahun. Saya faham orang selalu tanya sebab mereka prihatin dengan keadaan kita.

“Kalau saya hamil nanti dan kandungan sudah kuat, pasti saya akan kongsi dengan orang ramai. Cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki lagi,” katanya.