fbpx

Nelydia Senrose Mohon Doakan Dikurniakan Anak

Sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga, Nelydia Senrose memberitahu dia dan suaminya, Mohd Hafez reda apabila masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sering diajukan soalan mengenai cahaya mata, bagaimanapun Nelydia berkata dia tidak tertekan kerana usia perkahwinan masih terlalu awal. Ujarnya, mungkin belum masanya lagi dan rezeki zuriat adalah ketentuan daripada Allah.

BACA: Tiga Bulan Berkurung, Nelydia Senrose Seronok Dapat Berlakon Semula

“Kalau ada rezeki memang saya ingin saya menimang cahaya mata. Cumanya, buat masa sekarang mungkin belum masa yang sesuai. Saya akur dan reda.

“Saya mohon doa daripada orang ramai namun hal berkaitan rezeki, ajal maut dan pertemuan semua adalah ketentuan Ilahi,” katanya kepada Kosmo!

Dalam pada itu, Nelydia berkata seandainya diberikan rezeki untuk hamil, dia akan berkongsi berita gembira itu kepada peminat. Namun, dia tidak akan kongsikan apabila kandungan betul-betul sudah kuat.

“Normal kalau sudah kahwin orang tanya pasal anak dan bagi saya, itu bukan sesuatu yang sensitif pun.

“Pun begitu, kalau saya betul hamil nanti saya tidak akan umum terlalu awal kepada umum. Kandungan sudah ‘kuat’, Insya-Allah saya berkongsi semua orang termasuk peminat,” ujarnya.

Nelydia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur, Mohd. Hafez Halimi dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 6 April tahun lalu.