Nelydia Senrose Diperintah Bayar Ganti Rugi RM89,000
Pelakon Nelydia Senrose diperintah membayar ganti rugi RM89,144.03 kepada syarikat produk kecantikan Chriszen Malaysia Sdn. Bhd. Ia susulan kes saman berhubung pelanggaran perjanjian sebagai duta jenama bagi produk itu tahun lalu.
Hakim memerintahkan Nelydia membayar ganti rugi khas penyediaan acara RM16,869.03, ganti rugi am RM10,000 dan diminta mengembalikan kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 kepada Chriszen Malaysia serta membayar kos sebanyak RM10,000.
BACA: Nelydia Senrose Sedia Timang Cahaya Mata
Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah berkata mahkamah membuat keputusan selepas mendapati pelakon filem Jebat tersebut tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama tersebut.
“Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan.
“Oleh itu, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya,” katanya.
Mahmakah berkata, plaintif sudah memaklumkan kepada Nelydia sejak 8 Mac 2019 mengenai acara yang akan diadakan pada 25 April 2019 dan tarikh itu turut dipersetujui oleh syarikat yang menguruskan Nelydia iaitu Alfie Management Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Shamsudin berkata, pada 13 Ogos 2019 penghakiman ingkar sudah dimasukkan terhadap Alfie Management yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan pertama dalam kes saman berkenaan.
Mahkamah juga berpuas hati Nelydia sendiri sudah mengetahui bahawa dia tidak dapat menghadiri acara itu sejak 24 Mac 2019, namun menunggu 19 hari kemudian pada 12 April untuk memaklumkan kepada plaintif mengenai ketidakhadirannya.
Terdahulu, pada 7 Oktober 2019, Chriszen Malaysia telah menfailkan saman terhadap Alfie Management dan Nelydia sebagai defendan pertama dan kedua.
- SUMBER
- Harian Metro
sikit je tu untuk retis2 yg kaya raya
vagina da gatal….kawin dulu….bulan madu dapat gosok vagina…dia peduli ape tugas keje tanggungjawab duit da dapat kan……kan kono bayar balik…artis bodoh
dah lawan dengan company cina confirm2 dia menang. sedangkan pemandu mabuk langgar orang sampai mati pun boleh menang, apalagi ni nelydia yang salah
Tidak ramai isteri akan mengaku suami mereka itu king control yg menyebabkan isteri kerugian besar dalam kerjaya.
@Suap Lawyer Kuat pale hatok ko. Fakta mane tu company cina. Klu dh bodo tu simpan skit kt anak cucu.
Tengoookkkk….ingat sikit ke artis2 dapat bayaran..utk satu kontrak artis2 gred A mencecah ratus ribu pun ade tauuu…itu pun artis2 ni kata xde duit…bila dah ade duit beringat…buat simpanan…buat pelaburan modal bisnes ke, aset ke..utk kes artis yg ni bayar je la.. laki awak kayaaa..lagi pun salah dia langgar kontrak..bila dilantik jadi duta kenalah patuhi setiap syarat yg ditetapkan..lagipun org tu bayar upah puluh ribu kot…
Padan muka
eh loyar buruk, dah la buruk bodoh pulak tu, ko tengok founder produk tu siapa.