fbpx

Nelydia Senrose Dikecam Pegang-Pegang Fattah Amin

Baru-baru ini pelakon Fasha Sandha ada memuat naik foto di Instagram memaparkan dirinya bersama pelakon Fattah Amin dan Nelydia Senrose.

Namun, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat Nelydia bergambar rapat dengan Fattah Amin.

BACA: Nelydia Senrose Diperintah Bayar Ganti Rugi RM89,000

Susulan itu, ada netizen mendakwa Nelydia tidak menjaga batas seorang isteri serta mempersoalkan mengapa memegang suami orang. Difahamkan, mereka bertiga bergandingan dalam sebuah drama terbaru berjudul Asmara.

Tidak kurang juga, ada yang meminta Nelydia supaya lebih sensitif dan menjaga batas pergaulan terutama dengan rakan artis.

Dalam pada itu, ada juga yang menasihati Fasha supaya lebih berhati-hati dalam memilih gambar untuk dikongsikan kerana bimbang boleh mengundang fitnah.