fbpx

“Neelofa Yang Bertutup Litup Pun Kena Kecam” – Baby Shima

Penyanyi Baby Shima berkata dia enggan mengambil peduli yang sering melemparkan kecaman terhadap dirinya serta sentiasa menjadikan dirinya sebagai sasaran.

Memetik Utusan Online, Shima berkata dia juga tidak tahu mengapa  setiap perkongsiannya pasti serba tidak kena di mata netizen sama ada baik mahupun buruk pasti akan dikecam.

BACA: Bahagia ‘Goyang’ Di Indonesia, Netizen Minta Baby Shima Menetap Terus Di Sana

“Mulut orang memang tidak boleh nak tutup. Buatlah apa sahaja, sekalipun kalau saya manja dengan kucing, tetap kena kecam. Bukan saya seorang sahaja kena begitu.

“Neelofa yang bertutup litup pun tetap kena kecam. Zaman sekarang kecaman itu sudah biasa. Tidak kisahlah mahu cakap apa, saya buat tidak tahu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Shima berkata dia hanya menjadi sendiri di media sosial dan tidak kisah jika ada pihak yang kurang senang dengan perkongsiannya itu kerana dia hanya mahu menghiburkan orang.

“Saya cuma jadi diri sendiri. Saya menari dan menyanyi seperti biasa. Kalau menghiburkan orang juga satu kesalahan dan terus dikecam, saya tidak boleh ambil kisah. Saya buat apa yang menyenangkan saya dan peminat setia. Itu sudah cukup,” katanya.