fbpx

Neelofa Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Suami

Sempena ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-26 hari ini, selebriti popular Neelofa menitipkan ucapan istimewa buat Pencetus Ummah (PU) Riz.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Neelofa mendoakan agar Allah sentiasa memberkati kehidupan suaminya.

BACA: Neelofa Mahu Bantu Peniaga Burger Selesaikan Bayaran Kompaun

“Untuk lelaki yang saya cintai dan kagumi, selamat hari jadi. Semoga Allah limpahi rahmat ke atas kamu dan bersama-sama dalam ketakwaan.

“Moga Allah memberikan kita kasih sayang seperti mana Dia memberkati Nabi Muhammad dan Siti Khadijah, amin,” tulisnya.

Perkongsian Neelofa itu turut dibalas oleh PU Riz dengan menzahirkan ucapan terima kasih buat isteri tercinta.

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.