Didakwa rentas negeri ke Nilai 3 pada Ahad lalu, selebriti terkenal, Neelofa didakwa membelanjakan RM10,000 di sebuah premis menjual permaidani.

Memetik laporan Utusan, kedai karpet yang dikunjungi Neelofa dan suaminya, PU Riz itu dikenali sebagai Naeem Carpet.

BACA: “Neelofa & Suami Perlu Dipenjara” – Peguam

Menurut seorang pekerja kedai bernama Hussein berkata memang selebriti itu datang bersama suaminya dan membeli permaidani di premis mereka dan membeli beberapa karpet termasuk Iran yang berkualiti tinggi.

“Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000.

“Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein berkata susulan tindakan Neelofa telah menyebabkan nama ‘Naeem Carpet’ dikenali di seluruh Malaysia.

“Tapi tindakan dia (Neelofa) telah menimbulkan masalah dan polis telah datang ke kedai pagi semalam untuk ambil keterangan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Neelofa dansuami akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.