Neelofa Siap Ambil Kelas Nak Latih Anak Tidur Sendiri
Pejam celik, sudah empat bulan selebriti popular, Neelofa bergelar ibu kepada putera sulungnya, Muhammad Bilal.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Neelofa mendedahkan dia mengambil kelas khas ‘sleep training’ untuk melatih anaknya tidur sendirian.
BACA: Neelofa Mungkin Akan Bawa Bilal Pergi Kerja
@seorangnur MasyaAllah, anak soleh ?? Sleep train ni benda yg Lofa belajar dengan Puan @Nad Masrom haritu rasanya ? #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #babylanguage
“Hari ni first day Muhammad Bilal sleep train. Ni, Bilal sedang nesting for about 15 mins. Sebelum saya letak dalam basinet ni, dah bagi susu, gelap kan bilik and bonding session 15 mins jugak. Gigih tau Ummi Bilal ambil class. Actually, ilmu sleep training ni sangatlah berguna,” tulisnya.
@seorangnur Pentingnya mencari ilmu! Semoga Bilal jadi anak soleh yg menyenangkan semua orang. #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca #babylanguage
Menurut Neelofa, sewaktu ‘nesting’ dia akan menyembunyikan diri supaya anaknya tidak nampak dirinya.
“Dari nesting lagi Ummi Bilal asyik menyorok tak nak bagi dia nampak kita. Masa ni Bilal dah tutup mata tapi masih gosok-gosok muka to fall asleep,” tulisnya.
Perkongsian Neelofa turut mendapat perhatian pengikutnya yang bertanyakan mengenai waktu tidur Bilal.
“Alhamdulillah, dia akan tidur paling lewat 7.30 malam sampai lah subuh.. Tapi akan mintak susu dua ke tiga kali sepanjang 7 malam ke 7 pagi tu. Tapi mata tutup, mulut je bukak minum susu,” tulisnya.
- SUMBER
- Cari Forum
Kesian love. Anak bru sorang ni. Klo 10 tk thu lah.
Tidur pun nak kena gi kelas ke? Bebal ke?
Maka, perlu ke kami pun bersemangat tk hengat ambil kelas gitew?
apooo.. yang netizen pun menggelupur nak pergi kelas cara deliver baby, mandikan baby dan sebagainya walaupun dah anak kedua. Engkorang tu level Mak2 patutnya dah tahu nak deliver dan mandikan baby. Si lopak ni anak pertama. Wajar la dia ambik kelas pasal baby. Yang mak dah anak 1 nak masuk 2 pun gatal pergi kelas baby tu yang patut kena kecam. Habis yang anak pertama tu korang jaga macam mana? letak dalam reban biar ayam jaga ke? hahhaha
wow, aku anak dah 2 masing2 tido helok je… ni sampai amik class ni dah kira upper level ke macam mana? ke Billie tu ada masalah tido ke macam mana? Ai is konfius…
Bkn konfius tp menyampah pun ada..nk tidokan anak siap nk pegi kelas..selama ni mak kau ada pegi kelas ke masa nk tido kan korang masa kecik2 dulu..baik pegi kelas cmana nk suh anak tu cebok sendiri skg kan lg bagus hahaha..
Lantak kau le nk ambik kelas apa pun. Nk up story kt ig, tp nk cover muka si bilal. Tp nk cerita, tk paham aku motifnya…